About Me

My photo
anyone can catch your eyes,but it takes someone special to catch your heart and i haven't found it yet. (",)

little words


ShoutMix chat widget

Tuesday, August 31, 2010

eye bags menjadi-jadi

hey hey,bloggers.
saya runsing lah.eye bags saya makin ketara.saya tak tahu nak buat apa dah.serius,buruk gila.tambah tambah raya dah nak dekat.wuhuuu,makk.


jom tengok apa yang saya jumpa (:


antara faktor-faktornya:


1. Selari dengan umur anda yang semakin meningkat.
2. Anda ada alahan.
3. Ciri-ciri kulit wajah anda sendiri.
4. Mengalami keletihan setelah bekerja seharian.
5. Kekurangan nutrisi pada tubuh anda.

6. Faktor genetik.
7. Pengaliran darah yang tak stabil.
8. Anda menghadapi tekanan dan tak dapat mengawalnya dengan baik.
9. Terdedah kepada cahaya matahari. (Bukan matahari waktu pagi yer.)
10. Penurunan berat badan yang agak mendadak.

11. Ada masalah pinggang dan juga perut.
12. Tisu lemak dan cecair.
13. Masalah sinus.
14. Anda memang ada masalah kesihatan.
15. Anda seorang perokok.



jom tengok cara cara nak merawatnya (:

] Gunakan sama ada timun, ubi kentang ataupun tomato
Hiris salah satu bahan di atas mengikut tebal yang bersesuaian. Pastikan tak terlalu tebal atau nipis. Kemudian, lekapkan hirisan tu kat mata anda. Biarkan lebih kurang 20-30 minit.

Kebaikannya: Mampu mengurangkan keletihan mata dan seterusnya melancarkan aliran darah kat bahagian mata.

Atau cara alternatifnya;

Kisar timun dan balut ekstrak timun tu dengan sehelai kain nipis. Pastikan kain tu betul-betul bersih yer. Lepas tue, tekap balutan ekstrak timun tadi kat bahagian lingkaran hitam bawah mata untuk beberapa minit.

Selepas tue, bersihkan bahagian mata yang telah ditekap dengan air bersih. Gunakan krim pelembap mata.


2] Uncang teh


Rendam 2 uncang teh dalam secawan air sejuk selama beberapa minit. Kemudian, keluarkan air yang berlebihan dalam uncang teh. Tekap uncang teh tadi kat mata sekurang-kurangnya 10 minit yer.

Sebaik-baiknya gunakan teh chamomile kerana ia bagus untuk kulit. Ataupun boleh gunakan ekstrak pudina segar sebagai alternatif.


[3] Minyak almond


Untuk pengetahuan anda, minyak almond juga baik untuk melembutkan kulit wajah, bebas minyak dan mengurangkan liang-liang pori daripada tersumbat.

Caranya: Sapukan minyak almond pada bahagian lingkaran hitam kat bawah mata setiap pagi dan malam. Urutnya dengan lembut yer.

Anda juga boleh campurkan minyak almond dengan krim susu kalau mahu. :)


[4] Zat besi, vitamin c dan asid folik
Makanan yang mengandungi 3 elemen di atas juga boleh membantu. Pada masa yang sama kurangkan pengambilan makanan bergaram, elakkan minuman berkafein, gula dan minuman beralkohol.

Penting juga, kurangkan merokok dan kalau mampu ... berhentilah merokok. :D

Tak lupa juga, minumlah air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. :)


[5] Biji buah berangan
Biji buah berangan merupakan herba yang baik untuk kesihatan dan sudah tentunya membantu melancarkan perjalanan darah di bahagian mata. Anda boleh gunakan biji buah berangan sama ada dalam bentuk serbuk, pil mahupun cecair bagi mengurangkan masalah ni.

Psst...Sebenarnya, pengecutan saluran darah kat bahagian mata dan hidung la yang menyumbangkan terjadinya lingkaran hitam tue.

selamat mencuba ya! (:



p/s:saya bukan seorang perokok (:


Saturday, August 28, 2010

B.E.N.C.I.

sumpah,saya sakit hati.sumpah,saya geram!tolong lah wahai manusia manusia sekalian.tolong jangan suka berpura pura anda sangat baik sedangkan hati anda sangat hitam.tak payah nak berlagak baik sedangkan perlakuan dan segala tindakan anda menunjukkan anda sebaliknya.semua ibu bapa di dunia ni akan ajar anak dia berkelakuan baik.cuma ikut kita ja nak menurut kata ibu bapa kita atau tak.aku takkan cakap benda macam ini kalau benda ini baru first time berlaku pada aku.i can still accept it.im really pissed off right now.i hate people who tend to talk about others bad attitude but that person also done the same thing.what the hell,dudes!khairunissa rosle masih punya kesabaran namun kalau makin hari makin tipis,meletup jugak nanti.tolong jangan bagi saya marah.semua orang tak terlepas dari dosa okay termasuk AWAK!no need to say such nonsense thing yang awak sendiri tak paham.I  HATE IT DAMN MUCH.this is the first time im expressing this in my blog.and i hope this is the last one.im not so sure that you will read this or not.but do i care?huh!perlukah saya menjga hati anda sedangkan im so sure 100% that you dont even care about mine,right?uhh,really really sakit hati tahap dewa!


saya tak nak tengok muka awak lagi,boleh tak?
get out of my life!



Friday, August 27, 2010

keja aku dah sama level dengan gunung everest! :(

stress!
banyaknya keja nak kena siapkan.please lah!
tadi saya dah siap salin report and pening pening buat brosur untuk projek autocad
congrats nisa!
at least,anda tidak mensia siakan hari anda dengan hanya berblogging dan fb-ing.
hari ahad ada kuiz fizik dan speaking test.arghh!tennnn ):
kuiz fizik dah la masuk circular motion dan torque.
sumpah,saya bakal stress minggu depa.
sila tepuk tangan untuk saya,rakan rakan.


besok cuti.saya harus kerja kuat.
tapi saya taknak SEMBANG saja.
nanti tak jadi keja lahh!


besok,budak budak soksek nak gather ramai ramai di mid valley
serius jeles!
kenapakah?
sebab saya rindu plus plus pada kawan kawan saya.
sumpah nak nangis.
rindu sangat. :'(
takpe lahh,have fun guys.


tadi saya bukak balik novel yang saya tulis waktu lepas spm.
haha!
terasa nak sambung menulis.
tapi.
no time at all.
sejak sejak jadi budak matrikulasi ni (:


currently fall in love with this song.
-pada mu ku bersujud-
besttttt (:
suka pada suara afgan dan bait bait lirik dia.

okay,
saya tak balik minggu ni.
saya dah tunaikan janji saya pada syikin.
and,our autocad project is almost done~
super duper like :D


dahhhh!
tiada benda mau cerita lagi.
sila datang bertempek di sini lagi yaaaa. 
syukran jazilan (:




perubahan itu menyakitkan T_T









Thursday, August 26, 2010

untitled

for the first time,he smiled at me (:
                       

...........................................................................................................


Friday, August 20, 2010

home sweet home

hello,hello (:

nisa is currently at home.why?why?tak percaya kah?
blogging di waktu subuh.tadi sahur minum ayaq kosong ja
mak kejut lambat.suruh siap nak ajak kuar makan.mana nak sempat an?nak siap lagi.dah la tengah mamai mamai baru bangun tido.so,nisa cakap la dekat mak tak payah la kuar.sahur kat rumah ja.so,hambik kau!minum ja la ayaq kosong an.takpa takpa.SEMANGAT!

okay okay.sekarang nak cerita,macamana nisa boleh terlepas sampai penang ni?pelik bin ajaib kan kan?entry lepas nisa bagitau,nak stay kat pendang.taknak balik kan?

TAPI
ada pulak program hari sabtu ni.program dengan MSU.apa entah?so,dari nisa duduk sana tak siap gak keja.baik nisa balik.lagi best!program tu dari pukul 0800-1600.lama kan?ish ish.spoiler betol.nisa baru nak SPIRIT sikit siapkan keja yang bertimbuntimbun tu.waaaa T_T

kejap lagi nisa dengan zue nak pi shopping!tapi,belum decide kat mana.just wait and see lahh!

malas suda mau menaip FULLSTOP (:

Tuesday, August 17, 2010

sacrificing

dear friends,


nisa tengah bersedih hati. -______-
ingat tak masa entry yang lepas nisa happy gedik gedik nak balek rumah.tapi at last,nisa dah ambik keputusan tak jadi balik.wahai hati,jangan kau berduka!nisa tak jadi balik pon untuk kebaikan nisa jugak.kalau ikutkan hati,semua orang nak balik an?


tiba tiba rasa cam banyak gila keja yang nisa rasa takkan siap kalau nisa balik rumah nanti.for sure,kat rumah memang tak sempat nak pegang buku + MALAS +BANYAK GODAAN!


-building drawing sampai empat lukisan belum siap
-kena study physics chapter 8 yang macam bengong benging lagi.
-tutorial math chapter 6 belum sentuh lagi
malas lah nak list,pening pala otak ni!


dah dah,
nisa nak bersama buku terchenta pulak
chaiyok chaiyok!
:)(:  

Sunday, August 15, 2010

assalamualaikum :)
alhamdulillah,dah masuk 5 ramadhan!
hoho,sangat gumbira bila balik minggu ni.dapat berbuka dengan mak dan adekku!
puasa kah? :P
rasa rasa dah cakap kan entry yang lepas.haha.suka punya pasal,ulang balik.
guess what?khamis ni maybe balik lagi KOT!im not so sure yet.takot ada apa apa hal yang menghalang,nanti saya yang frust menonggeng sampai tertonggeng tonggeng! :P

one more thing,i've got the new bag!
its ROXY!
ada hikmah bila saya beli lambat lambat.
dah sale gila bapak!
kalau beli hari mau melayang layang duit kuh!
persoalannnya,duit aku kah?
ngee
nope nope
my mum yang bayar.
saya sayang nak pakai elaun.
berkepuk je dalam bank.
tak nak keluarkan.
pandai kan nisa ni?
belum tanya mak lagi,boleh tak nak balik minggu ni.
tapi,rasa rasa macam boleh je.
nak cari kasut pulak!
nisa dah berkurun tak shopping sakan taw!
teetttttt ! :D


books Pictures, Images and Photos


nisa sekarang banyak sangat homework!
gunung jerai pon kalah.
cecehh,mentang mentang duduk kedah.
kalau dulu,guna bukit mertajam je.
sekarang dah advance sket.LOL
hah!dah melalut. (:
dah dah cepat!nisa nak kena study sekarang.
SEMANGAT!



bai :)(:

Saturday, August 14, 2010

blogging waktu sahur

hye hye! :D
actually,i have nothing to say.
nak bagitawu semua semua,hari saya kena balik pendang sudaaa!
ohhhh,a little bit MALAS!
but,really have to SEMANGAT untuk menghadapi PSPM!
harus belajar sungguh sungguh :)
tamau masuk exam hall with less preparation.
saja nak menjahanamkan diri sendiri la kan. :3
sahur tadi i makan roti canai jeee.mak kuar beli tadi.bukan nak kejutkan orang.
boleh la temankan mummy terchenta.mana taw ada orang nak usya usya mummy i kan kan. :P
haha,currently in my aunt's house sebab i gedik gedik suruh mak balik sini.
nak cari beg.that is the priority now! insyaallah,jumpa lah beg idaman tu nanti 
okay peeps,really have no idea to write anymore + mengantok sudaaa.
so,enjoy your fasting buddies! :)

Friday, August 13, 2010

pejam celik pejam celik

bloggers!
cepatnya masa berlalu.masuk hari ni dah dua hari umat islam berpuasa.alhamdulillah.pejam celik pejam celik jugak,esok saya suda harus pulang ke matrik!oh tidak!nak bukak puasa kat rumah lagi.hmm,cepat cepat la habis belajar. :(
minggu depan ada kuiz!physics and chemistry.OMG!study pon like bengong bengong lagi.dah nak kuiz?WTH?memang nak suruh dapat 0 marks kah?oh oh.kembali stress lah minggu depan dengan segala macam kuiz yang ada.chemistry like berturut turut for two weeks!sir,madam please!postpone lahhhhh :(
Weekends was totally great even rasa kejap sangat tapi best!dapat berbuka dengan beloved family.guess what?my lil brother pon balik oh.so,mak taklah sunyi sangat this weekend.anak anak dia yang comot balik kan kan.how i miss him.rasa dah dekat two or three weeks tak jumpa my brother.oh,rindu nak bergaduh dengan dia kot!winkwink.
how about the latest examination that i had faced?the result akan dapat next week.sama sama la warga kolej matrikulasi teknikal kedah rasa kecut kecut perut ehhh.ngee.but,im very very and totally sure that my math was like LINGKUP!bagus tak?bukan nak bagi alasan,tapi due to those week yang kena admitted tuh,dah berapa tajuk yang i macam lost sekejap.bertambah tambah dengan penyakit malas.kalau ikutkan,memang soalan dia dalam kategori senang la juak.tapi,dah tak study,tak dapat lah!sorry,mum!sorry,Puan Fazilah!i had dissapointed both of you! :(
banyak dah rasanya membebel depan lappy nie.sebab dah berpuluh puluh kali sejak minggu lepas,bila bukak takde idea nak tulis.asyik modified dengan blogwalking.so,kinda many things to write~
sorry,followers! :)
have a great day and blessed month! :)(:


Wednesday, August 11, 2010

jika ini ramadhan terakhirku

"Ramadhan kali ini,aku nak cuba baiki diri.lama sudah rasanya tak buat amalan amalan sunat.aku mengharapkan ramadhan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya."

mungkin itulah kata hati kita apabila tibanya malam pertama di bulan penuh kemuliaan,Ramadhan.kadangkala terasa ruginya apabila memikarkan ramadhan ramadhan sebelum ini tidak digunakan sebaik baiknya.sibuk dengan hal hal duniawi sehingga melupakan amalan amalan yang semestinya dihitung.sibuk mengejar dunia yang sementara dan melupakan yang kekal abadi.

seperti yang aku dengar waktu ceramah dua hari lepas,puasa yang istimewa adalah puasa orang orang yang meninggalkan sekejap hal hal keduniaan dan menumpukan kepada amal ibadat.mampukah aku?puasa orang-orang yang dekat dengan Tuhan, tidak berpenghujung. Tidak dimulai dengan syuruk dan tidak diakhiri dengan ghurub. Tidak dapat dihitung dengan bilangan jam dan batasan waktu. Malah dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan mengharap reda Allah. PUASA MEREKA DIIRINGI DENGAN RASA BERTUHAN YANG MENDALAM DAN RASA HAMBA YANG MEKAR MEMBUNGA. Dirasakan Ramadan inilah rahmat dan kasih sayang Tuhan itu melimpah-ruah.

pernah Rasulullah SAW bersabda : "ada orang yang berpuasa tapi tiada baginya pahala,yang dapat hanya lah lapar dan dahaga"


Bagi orang yang menghayati Ramadhan yang diberkati, puasanya akan berkesan dihati hingga membina peribadi.


Nabi SAW bersabda: “Siapa berpuasa pada bulan Ramadhan kerana iman dan mengharapkan reda Allah, akan diampuni dosanya yang terdahulu dan kemudian”
Inilah puasa yang hakiki..



Oh Ramadhan…kedatanganmu kurindu..kehadiranmu menggamit ketenanganku.

Monday, August 2, 2010

ramadhan bakal kunjung tiba

psst.psst.
pejam celik pejam celik.lagi seminggu lagi umat islam akan berpuasa.eh?eh?nisa dah ganti belum puasa?terasa amat berbeza bila puasa tahun ni.lima tahun berpuasa di soksek.dah masak sangat dengan segala aktiviti dekat sana.tapi,tahun ni sangat berbeza.tempat baru,kawan kawan baru,menu berbuka pon baru,aktiviti pon baru baru jugak.takpe,takpe.insyaallah,nisa akan dapat menyesuaikan diri.tak tau lagi perjalanan untuk bulan puasa macam mana kat sini.tapi,rasa rasa macam sama je.cuma,malam ada terawih la kan.rindu pulak nak berbuka dengan kawan kawan soksek dulu.before makan kat dewan,pi kantin beratur panjang panjang beli air.sampai dewan lambat.terlepas baca al-mathurat.bersahur ramai ramai.hari last puasa,semua turun pakai glamourous.isk isk.rindu.banyak kot post post kat fb pasal rindu merindu ni.erm,okeh.nisa have to continue her life eventhough her besties are not here!nanti raya,insyaallah boleh jumpa.dalam dilema ni.ingat nak balik minggu ni sebab,banyak gila benda tertinggal b4 mai sini.beg LK,tudung,tuala.macamana?uhh.tak kot.tengok la nanti bila nak balik.

hehe. DONE!bai :)


Daisypath Anniversary tickers