saya runsing lah.eye bags saya makin ketara.saya tak tahu nak buat apa dah.serius,buruk gila.tambah tambah raya dah nak dekat.wuhuuu,makk.
jom tengok apa yang saya jumpa (:
antara faktor-faktornya:
1. Selari dengan umur anda yang semakin meningkat.
2. Anda ada alahan.
3. Ciri-ciri kulit wajah anda sendiri.
4. Mengalami keletihan setelah bekerja seharian.
5. Kekurangan nutrisi pada tubuh anda.
6. Faktor genetik.
7. Pengaliran darah yang tak stabil.
8. Anda menghadapi tekanan dan tak dapat mengawalnya dengan baik.
9. Terdedah kepada cahaya matahari. (Bukan matahari waktu pagi yer.)
10. Penurunan berat badan yang agak mendadak.
11. Ada masalah pinggang dan juga perut.
12. Tisu lemak dan cecair.
13. Masalah sinus.
14. Anda memang ada masalah kesihatan.
15. Anda seorang perokok.
jom tengok cara cara nak merawatnya (:
] Gunakan sama ada timun, ubi kentang ataupun tomato
Hiris salah satu bahan di atas mengikut tebal yang bersesuaian. Pastikan tak terlalu tebal atau nipis. Kemudian, lekapkan hirisan tu kat mata anda. Biarkan lebih kurang 20-30 minit.
Kebaikannya: Mampu mengurangkan keletihan mata dan seterusnya melancarkan aliran darah kat bahagian mata.
Atau cara alternatifnya;
Kisar timun dan balut ekstrak timun tu dengan sehelai kain nipis. Pastikan kain tu betul-betul bersih yer. Lepas tue, tekap balutan ekstrak timun tadi kat bahagian lingkaran hitam bawah mata untuk beberapa minit.
Selepas tue, bersihkan bahagian mata yang telah ditekap dengan air bersih. Gunakan krim pelembap mata.
2] Uncang teh
Rendam 2 uncang teh dalam secawan air sejuk selama beberapa minit. Kemudian, keluarkan air yang berlebihan dalam uncang teh. Tekap uncang teh tadi kat mata sekurang-kurangnya 10 minit yer.
Sebaik-baiknya gunakan teh chamomile kerana ia bagus untuk kulit. Ataupun boleh gunakan ekstrak pudina segar sebagai alternatif.
[3] Minyak almond
Untuk pengetahuan anda, minyak almond juga baik untuk melembutkan kulit wajah, bebas minyak dan mengurangkan liang-liang pori daripada tersumbat.
Caranya: Sapukan minyak almond pada bahagian lingkaran hitam kat bawah mata setiap pagi dan malam. Urutnya dengan lembut yer.
Anda juga boleh campurkan minyak almond dengan krim susu kalau mahu. :)
[4] Zat besi, vitamin c dan asid folik
Makanan yang mengandungi 3 elemen di atas juga boleh membantu. Pada masa yang sama kurangkan pengambilan makanan bergaram, elakkan minuman berkafein, gula dan minuman beralkohol.Penting juga, kurangkan merokok dan kalau mampu ... berhentilah merokok. :D
Tak lupa juga, minumlah air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. :)
[5] Biji buah berangan
Biji buah berangan merupakan herba yang baik untuk kesihatan dan sudah tentunya membantu melancarkan perjalanan darah di bahagian mata. Anda boleh gunakan biji buah berangan sama ada dalam bentuk serbuk, pil mahupun cecair bagi mengurangkan masalah ni.Psst...Sebenarnya, pengecutan saluran darah kat bahagian mata dan hidung la yang menyumbangkan terjadinya lingkaran hitam tue.
selamat mencuba ya! (:
p/s:saya bukan seorang perokok (:
No comments:
Post a Comment