About Me

My photo
anyone can catch your eyes,but it takes someone special to catch your heart and i haven't found it yet. (",)

little words


ShoutMix chat widget

Saturday, August 27, 2011

Iftar with Soksek's Friends (:

Assalamualaikum.

Dah lama tidak menjengah ke blog ni. Fuh,memang lama. Bukan takmau,tapi macam selalu cakap. Dah takdak benda nak tulis. Yes,maybe because duduk rumah saja. So,nothing to tell you people. Okay,hasrat untuk berbuka puasa bersama makcik2 dan pakcik2 kesayangan saya dah accomplished ! Before this pun,dah berbuka dengan my kesayanganss dekat Johnys' QB. Just takdak gambar,because Mulan Syafiqah sangat pemalas. Kali ni ada but only one. Yang lain semua ada pada other people.

First,keluar around tengahari. Fetch my brother from asrama Soksek sebab dia cuti raya and malas nak balik naik bas. So,pi la ambik with Izzati and Farah. Then,pi settle pejabat pos dengan tunaikan cek Cik Farah. Balik, petang tu lepas asar,Aqilah mai rumah,ambik saya farah and Seha. Pi ambik Kakak Farah and patah balik rumah dia. Jalan,mak datok punya sesak. Dah lambat dah waktu tu. So, sampai dekat Kg Pelet pon dah azan. Before tu,kami dah call siap2 reserved meja and order makanan sebab takut nanti lambat sangat dapat makan. Tempat dia memang pack dengan orang. Parking pon full. Sampai2 tu, makanan dah ada and we are the last one to arrived. Kereta izzati and Paklah sampai dulu. We came along with Izzati's friends yang iftar sekali dengan kita. Tapi,makanan tak cukup. So, meja kami jugak la yang dapat last sekali. Mana tak makan lagi dengan nak kejar maghrib. Alhamdulillah,sempat la maghrib even dah hujung2 dah time tu kan. Nak share makanan dia. Ramai yang order Nasi Beriyani Ayam Kampung dia. Price is around RM15.00. Boleh la tahan kan. Lapar punya pasal. Tibai jaa.



Ni Nasi Beriyani Ayam Kampung

Habis makan,maghrib sdi surau yang disediakan kat tempat tu. Then,bayar bayar. Balik. Hujan lebat pulak kan. So,agak rushing la jugak. Sampai rumah around 10.45 pm. 


So,merasa la nak jumpa kawan kawan tersayang especially Izzati and Paklah because lama jugak tak jumpa depa dua. Farah and pait pon harus dan wajib jumpa memandangkan kedua2nya akan berada jauh nanti :'( Seha and aqilah,thank you jugak sebab sudi mai. Sayang hampa ! :)



Bye,Annyeong (:



Tuesday, August 23, 2011

Super awesome :) Entry khas: Mulan Syafiqah.

Entry dibuat atas dasar keterujaan yang teramat tinggi. HAHA. I had just reviewed the super awesome Blackberry Bold 4 or 9900. Sempoi lahh. Kenapa saya pakai Iphone ? Satu ja sebab dia. Because saya tak suka bentuk Blackberry Bold 9780. Kecik ! I prefer Blackberry Bold 9000 lagi. So,tiba2 when I review 9900,bentuk dia sejibik sejamban macam 9000. Ouh,terus jatuh cinta tak cakap banyak. Plus, ada touch screen siap ! Hadoi la. Nafsuuuu ! Apa nak buat ni ?

Sapa yang dah confuse tengok banyak sangat 9000,9900. HAHA. Meh,meh. Nak tunjuk !

Okay,the first one :

Bold 9000. Ini yang saya prefer tapi dalam2 dia tak best sangat.



Ini yang second : Bentuk tak best tapi dalam upgrade lebih sikit dari 9000




Ini gabungan dia la kot : Bold 9900
Bentuk best,dalam lagi upgrade. Touch screen ! HARGA PUN UPGRADE =='


Apa nak buat ? Hati sudah jatuh cinta. Berkenan ? Dekat Malaysia belum keluar lagi. Sabar ehh. 15 September ni start jual. Kumpul duit raya banyak banyak. Boleh la beli. Maybe around RM2+++ kot. Saya ? Not decide yet. Tengok keadaan dulu. Okay chow ! Ohh, Mulan Syafiqah,jangan marah I buat entry ni. Sabar sabar. Kan bulan puasa ni. Muuahh ! Love youuuu <3 ;P



Tuesday, August 9, 2011

Nafsu online shopping sudah kembali ! :)

Assalamualaikum semua ! Lama tidak menaip. Terasa nak bercerita. Today was soo tiring. Settle banyak benda dengan Fara Amalina. Sempat jumpa kawan kawan baik dia dengan Jabatan Imigresen lagi youu ( Mat Indon & Bangla ) Number PTPTN pon dah beli. Lambatkan saya ? Hehe. Takdak masa. Ni ja sempat balik rumah. Keluar beli pin tu. Alhamdulillah. Pi deposit duit dekat Maybank bcos saya beli jam online.

hehe, tertarik dengan jam jam di blog tu sebab dia replika untuk branded watch macam Bonia, Fossil, Tissot, Esprit, Guess dll. Banyak la. So, sempat tarik dua. Esok dia hantar. Cepat bebenor. Excited ni ! Tapi replika je la bukan original pon. Jadi la kan kan.

Tadi keluar berbuka puasa dengan kawan kawan. Teka la makan apa ? Haish,kenyang sampai besok ! ( PROPA) Makan burger ouh ! Satttt ,bukan burger biasa satu dua ringgit and bukan jugak burger  McD ke apa ke. Burger tepi jalan tapi harga RM25. Melampau kan ? Tak la melampau sebab burger besar gajah ! (sekali la PROPA) Tiga perempuan tiga lelaki, Tu pon tak habis. Order satu special (rm25) tiga biasa (rm18). Jenuh makan ! Haish. Membazir sungguh laaa. Takdak la tangkap gambar apa pon sebab lapar+penat+gelap. So, masuk perut camtu ja laaa.

Okay la, ni ja kot. Tak larat nak taip dahhh. Hati jantung berdebar menanti hari pendaftaran universiti. TAK TAHU KENAPA ??? :(


 Assalamualaikum. :D


Monday, August 8, 2011

Renungan Ramadhan


Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kitaketahui. Cuba kita amati. Mengapa kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa.. lidahnya kelu, keras dan hanya mimic mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'.



Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika mautmenghampirinya." Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang. Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya. Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri. Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak. Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah.." yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut. "Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah.." semasa sakaratul maut menghampiri kami. Amin.. amin.. amin Yarobbal a'lamin.."





WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W. kepada SAIDINA ALI R.A.;



Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda2nya:

1) Jujur dalam berkata-kata.

2) Menjauhi segala yg haram.

3) Merendahkan diri.



Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya:

1) Merahsiakan ibadahnya

2) Merahsiakan sedekahnya.

3) Merahsiakan ujian yg menimpanya.



Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya:

1) Takut berlaku dusta dan keji.

2) Menjauhi kejahatan.

3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.



Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya:

1) Mengawasi dirinya.

2) Menghisab dirinya.

3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.



Wang RM50 atau S$50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid, tetapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket. 45 minit terasa terlalu lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya waktu itu untuk pertandingan bola sepak. Semua insan ingin memasuki syurga tetapi tidak ramai yang berfikir dan berbicara tentang bagaimana untukmemasukinya. Kita boleh mengirimkan ribuan 'jokes' dan 'surat berantai' melalui e-mail tetapi bila mengirimkan yang berkaitan dengan ibadah seringkali berfikir 2 atau 3 kali.............



salam mujahadah.






Daisypath Anniversary tickers