Assalamualaikum semua ! Lama tidak menaip. Terasa nak bercerita. Today was soo tiring. Settle banyak benda dengan Fara Amalina. Sempat jumpa kawan kawan baik dia dengan Jabatan Imigresen lagi youu ( Mat Indon & Bangla ) Number PTPTN pon dah beli. Lambatkan saya ? Hehe. Takdak masa. Ni ja sempat balik rumah. Keluar beli pin tu. Alhamdulillah. Pi deposit duit dekat Maybank bcos saya beli jam online.
hehe, tertarik dengan jam jam di blog tu sebab dia replika untuk branded watch macam Bonia, Fossil, Tissot, Esprit, Guess dll. Banyak la. So, sempat tarik dua. Esok dia hantar. Cepat bebenor. Excited ni ! Tapi replika je la bukan original pon. Jadi la kan kan.
Tadi keluar berbuka puasa dengan kawan kawan. Teka la makan apa ? Haish,kenyang sampai besok ! ( PROPA) Makan burger ouh ! Satttt ,bukan burger biasa satu dua ringgit and bukan jugak burger McD ke apa ke. Burger tepi jalan tapi harga RM25. Melampau kan ? Tak la melampau sebab burger besar gajah ! (sekali la PROPA) Tiga perempuan tiga lelaki, Tu pon tak habis. Order satu special (rm25) tiga biasa (rm18). Jenuh makan ! Haish. Membazir sungguh laaa. Takdak la tangkap gambar apa pon sebab lapar+penat+gelap. So, masuk perut camtu ja laaa.
Okay la, ni ja kot. Tak larat nak taip dahhh. Hati jantung berdebar menanti hari pendaftaran universiti. TAK TAHU KENAPA ??? :(
Assalamualaikum. :D
No comments:
Post a Comment