About Me

My photo
anyone can catch your eyes,but it takes someone special to catch your heart and i haven't found it yet. (",)

little words


ShoutMix chat widget

Thursday, July 29, 2010

kenangan itu

aku terpandangkan bantal itu.tersenyum aku sendirian teringatkan memori lalu.tragedi yang pada mulanya mengundang sakit padaku.aku jatuh tangga.mungkin itu sudah cukup untuk mengingatkan kawan kawan yang mungkin membaca blog ini.petang itu,aku turun ke tingkat bawah untuk mandi selepas pulang dari kelas.mungkin disebabkan selipar yang licin dan lantai yang basah,aku tidak dapat mengimbangi diri lalu terjatuh.ketika itu,Allah saja yang tahu betapa sakitnya aku rasa.rakan rakan yang berada berdekatan terkejut mungkin.mereka membantuku.ketika itu,dapat aku rasakan betapa eratnya persahabatan kami.mereka sangat prihatin.sangat berjaga jaga dengan keadaan ku.takut ada yang patah.mereka memaksa aku ke hospital.Cikgu Laily membawaku.terima kasih,cikgu.selepas doktor mengesahkan bahawa hanya muscle yang terkoyak,dia memesan agar aku sentiasa duduk di atas pelampung atau bantal selama seminggu.mana aku nak cari pelampung?esoknya,aku tetap ke sekolah.ada perhimpunan,teringat aku pada abah yang mengusikku kerana terjatuh.aku tidak dapat berdiri.jalan senget senget seperti nenek tua.bantal itulah yang banyak berjasa padaku.aku bawa kemana saja aku pergi.malah,ke bengkel lukisan kejuruteraan nun jauh di sana.tidak ada perasaan malu ketika itu.ada juga guru yang hairan dan bertanya.aku menjawab pertanyaan mereka seadanya.bantal itu aku tinggalkan di kelas walau aku pulang ke hostel sekalipun.berjasa pada banyak rakan rakan di dalam kelas.ohh,rindu benar pada kelas itu,pada kenangan kenangan itu.sehingga ke hari terakhir peperiksaan spm,baru aku bawa bantal itu balik ke rumah.baunya,tak payah bayang la.semua orang pakai.semua orang tidur pakai bantal tu di kelas.tapi kenangan yang manis mengatasi baunya.terima kasih kawan kawan (:




skemanya entry hari ini :D


2 comments:

  1. haha!! like dis p0st.. still rememba it.. h0h0..t jgan lupa taucita kat cucu plak..

    ReplyDelete

Daisypath Anniversary tickers