About Me
- Khairunissa Rosle
- anyone can catch your eyes,but it takes someone special to catch your heart and i haven't found it yet. (",)
little words
Monday, May 3, 2010
kecewa
salam,readers!boleh dikatakan hari-hari yang dilalui sangat-sangat menyesakkan fikiran.tak mampu untuk berfikir dengan rasional dan waras.jika diikutkan hati yang sangat sedih,aku mungkin sudah berputus asa.tapi disebaliknya,aku tahu mungkin ada hikmah yang tersembunyi.aku tahu aku harus kuat dan sentiasa bertawakal.mungkin Allah ingin mengujiku.pada mulanya,mungkin aku masih tidak mampu untuk menerima hakikat tapi rupa-rupanya bukan aku seorang yang mengalami nasib yang sama,ramai lagi.tapi mungkin juga,aku memang teruk.dalam erti kata lain,tidak layak.aku masih mencuba dan mencuba.masih mengharapkan ada sinar harapan buat aku walau sedikit pun.sinar harapan yang aku takkan sia-siakan jika aku dapat memilkinya.kata-kata semangat dari ibu dan rakan-rakan menaikkan balik semangat aku yang kian luntur.aku kecewa.aku sedih.aku marah.mungkin juga perasaan ini tidak mampu diungkapkan dengan kata-kata.tapi,wahai perasaan,aku pohon.janganlah kau bersedih hati.insyaallah.aku akan cuba mencari jalan sampai ke lubang cacing sekalipun.aku tdak tahu dimana harus aku cari tempat untuk mengadu.tempat untuk menangis.mungkin juga ini memang salah aku.dahulu,aku ambil mudah segala perkara,sekarang,aku baru mahu menyesali.Ya Allah,masihkah aku punya harapan?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Jangan bersedih
ReplyDeleteMengingat masa lalu dan bersedih hati kerananya hanyalah satu tindakan yang bodoh dan merugikan. Ia hanya mematikan kehendak dan membinasakan masa depan.
Enjoy hari ini, bukan hari kelmarin atau hari esok.
Curahkan segala perhatian dan kerja kuat pada hari ini seolah2 kita hanya ada hari ini untuk menikmatinya
terima kasih atas nasihat.sangat-sangat menghargainya.:)
ReplyDelete