About Me

My photo
anyone can catch your eyes,but it takes someone special to catch your heart and i haven't found it yet. (",)

little words


ShoutMix chat widget

Monday, April 12, 2010

marah

salam,semua.
hari nie nissa nak kongsi sedikit ilmu yang nissa baca.
(sopan sikit hari ini)

baca lah kalau sudi.


MARAH:
sifat marah dari sudut hukum terbahagi kepada tiga.

-Marah yang dipuji
perasaan marah dituntut apabila berlakunya pencabulan dan perlanggaran terhadap larangan-larangan Allah S.W.T. sifat ini adalah hasil daripada keimanan yang tinggi terhadap Allah kerana orang yang tidak marah terhadap perlanggaran dan pencabulan larangan Allah dianggap sebagai seorang yang lemah iman.sikap untuk mengubah,menegur,atau rasa tidak suka tidak akan timbul pada diri seseorang sekiranya tidak ada perasaan marah terhadap sesuatu perkara.kecantikan Islam ialah apabila kita dapat menguruskan sifat marah dengan cara hikmah dan bijaksana.bukan dengan cara mengikut perasaan spt memaki hamun,mencerca dan memukul.

-marah yang dicela
perasaan marah yang dicela dan dilarang ialah marah terhadap pelaksanaan perintah Allah atau marah yang didorong perasaan dan hawa nafsu spt marah dan tidak suka dengan pelaksanaan hukum-hukum Allah,marah dengan usaha dakwah,marah dengan pelaksanaan syiar islam dll.sifat marah dalam kategori ini dicela dan dilarang kerana ia adalah sifat orang-orang kafir yang sentiasa tidak suka dan tidak senang apabila orng lain mengamalkan dan menghayati islam.

-marah yang diharuskan
marah yang diharuskan ialah marah yang tidak melanggar perintah Allah dan tidak melampaui batasan. sebab itulah orang yang dapat mengawal perasaan ini disukai oleh Allah seperti marah apabila tidak mengetahui perkara yang sepatutnya diketahui,marah apabila tidak melakukan pekerjaan dengan baik dll.


TIPS MEMBENDUNG SIFAT MARAH
  • membaca ta'awudz iaitu, "A'uzubillai minasyaitaanirrajiim"
  • mengingat besarnya pahala orang yang mampu menahan kemarahannya.
  • mengambil sikap berdiam diri,tidak bercakap.
  • duduk atau berbaring
  • memikarkan betapa hodohnya penampilannya apabila dalam keadaan marah.
  • mengingat betapa besarnya balasan bagi orang yang memaafkan kesalahan orang lain.
  • meninggalkan pelbagai bentuk celaan,makian,tuduhan,laknat dan cercaan kerana semua itu termasuk perangai orang yang bodoh dan jahil.



sekiranya dapat menguruskan kemarahan kita,ikut pertimbangan akal dan agama,marah tanpa menyebabkan orang lain sakit hati atau rasa dianiaya,sedia menerima kekurangan orang lain dan memaafkan kesilapan orang lain.percayalah,hati kita akan tenang dan bahagia.


-terima kasih kerana sudi membaca-








3 comments:

  1. nisa dear. thanx .

    realllllllllllllyyyyy need this right now . :)

    ReplyDelete
  2. kak yan:no prob.hope dis will help u :)

    kak hanida:lagi bagus kalau kita berkongsi. kan2~ :))

    ReplyDelete

Daisypath Anniversary tickers