About Me

My photo
anyone can catch your eyes,but it takes someone special to catch your heart and i haven't found it yet. (",)

little words


ShoutMix chat widget

Wednesday, March 10, 2010

final countdown

ketika aku mula menekan papan kekunci ini untuk membuat entry baru,jam menunjukkan tepat pukul 12.28 am.
itu juga menunjukkan bahawa kita sudah bermula dengan hari baru iaitu hari RABU bertarikh 10 MARCH 2010.

sehari lagi sebelum aku bakal melangkah ke Sekolah Menengah Sains Tun Syed Sheh Shahabudin untuk mengambil slip keputusan SPM aku.

lebih dahsyat lagi,pada hari tersebut juga bakal berlangsungnya Majlis Graduasi untuk kami,pelajar tingkatan lima 2009.

keputusan peperiksaan bakal diberikan ketika kami melangkah naik ke pentas seorang demi seorang.
bagaimana kalau keputusan yang bakal aku terima tidak seperti yang aku harapkan?
adakah aku akan pengsan dan tidak sedarkan diri di atas pentas atau aku akan kuat untuk turun semula dari pentas dengan senyuman.

debaran kian terasa,
aku semakin gentar..
aku bertambah cuak..
aku terlalu takot..

tapi dalam masa yang sama juga..
aku berasa lega namun hanya untuk seketika..
kelegaan itu adalah kerana berakhir sudah suatu penantian.
penantian yang menyeksakan.

aku takot sehingga aku terasa ingin menangis sekuat-kuatnya.
Ya ALLAH,bantu lah hamba-Mu yang hina lagi kerdil ini.sesungguhnya hamba-Mu ini tidak kuat,ya ALLAH. berikanlah kekuatan kepadanya,ya ALLAH.
berikanlah keputusan yang cemerlang kepadaku dan rakan-rakanku,ya ALLAH.
berikanlah kami kesempatan untuk melihat senyuman kebanggaan dan kesyukuran dari ibubapa,guru-guru dan saudara-mara kami,ya ALLAH.aminn ya rabbal a'laminn~


p/s:ayat ari nie skema sket..sesuwai ngan mood sayer..siyes! [ketaq lutut]

No comments:

Post a Comment

Daisypath Anniversary tickers