About Me

My photo
anyone can catch your eyes,but it takes someone special to catch your heart and i haven't found it yet. (",)

little words


ShoutMix chat widget

Sunday, April 18, 2010

i heart u,soksek!

hye,bloggers!
sharing something with u
esp to:ex student SEKOLAH MENENGAH SAINS TUN SYED SHEH SHAHABUDIN.

tataw la berita ni da lama or tak.
but,tadi baru bukak facebook OFFICIAL SMSTSSS
sempat baca comment seniors dekat wall group nie.

so,copy paste jea la eh.
credit to online berita harian, :)

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v




Serat batang pisang pikat juri

Oleh Amin Ridzuan Ishak
aminridzuan@bharian.com.my
2010/04/13

2 pelajar harumkan nama negara menang pertandingan reka cipta di China



BUKIT MERTAJAM: Dua pelajar Sekolah Menengah Sains Tun Syed Sheh Shahabudin (SMSTSSS), di sini, mengharumkan nama negara apabila ciptaan mereka memenangi tempat pertama pada Pertandingan Reka Cipta Sains Remaja Beijing di China, bulan lalu.
Mas Aidil Mas Rosemal Hakim, 18, dan Nurein Ardini Samsuri, 16, mencipta serat daripada batang pisang yang mampu menyerat minyak dalam air, khusus untuk mengelakkan pencemaran alam sekitar terutama di laut.
Mereka turut memenangi anugerah istimewa daripada sebuah syarikat penaja pertandingan itu yang berpangkalan di China, Semia. Dua remaja itu mewakili negara pada pertandingan berprestij itu selepas muncul johan pada pertandingan Perekacipta Muda Malaysia 2009 yang dianjurkan oleh Kesatuan Reka Cipta dan Reka Bentuk Malaysia (Minds).



Pertandingan yang diadakan dari 17 hingga 23 Mac lalu, disertai remaja dari seluruh dunia, termasuk Amerika Syarikat, Jepun, Jerman dan New Zealand membabitkan sejumlah 1,286 projek.
Kejayaan pelajar itu diraikan dalam satu majlis khas yang diadakan di sekolah mereka, semalam. Hadir sama, Timbalan Pengarah Pelajaran Pulau Pinang, Tarmizi Kamaruddin dan Pegawai Pelajaran Daerah, Khalid Ahmad.
Ketika ditemui pada majlis itu, Nurein Ardini berkata, mereka mendapat ilham untuk mencipta produk dikenali sebagai MoBanT Fibre itu selepas melawat rumah Mas Aidil dan melihat ibu rakannya itu membuang batang pisang.
"Kami membuat kajian dan mengambil masa satu tahun setengah untuk melakukan penyelidikan dan pembangunan (R&D) dengan bantuan pelbagai pihak antaranya Universiti Sains Malaysia (USM) dan guru penasihat, Go Seow Ann," katanya.
Menjelaskan proses menghasilkan bahan serat itu, Nurein Ardini berkata, ia bermula dengan memotong batang pisang dan dibersihkan bagi membuang mikroorganisma seperti kuman.
Selepas itu, batang pisang yang dipotong kecil dikisar. Batang pisang yang sudah dikisar itu kemudian dicampur dengan asid stearik dan kapur (kalsium karbonat) sebelum dikisar sekali lagi.
"Cara menggunakannya cukup mudah, iaitu dengan meletakkan bahan serat berkenaan di permukaan air dan ia akan menyerap semua minyak. Walaupun mengumpul minyak, bahan serat itu tidak akan tenggelam," katanya.
Produk itu boleh digunakan oleh pengusaha kapal yang sering meninggalkan kesan minyak di permukaan air laut yang dibimbangi boleh memusnahkan hidupan laut.
Penggunaannya tidak membabitkan perbelanjaan besar kerana kos menghasilkan bahan itu murah disebabkan hanya menggunakan bahan semula jadi.
Ditanya bila mereka akan mempatenkan hasil reka cipta itu, Nurein Ardini berkata, langkah berkenaan bakal dilakukan dalam masa terdekat dengan bantuan pihak sekolah dan USM.


walaupun bukan nama saya yang masok paper,ngee..tapi..sedikit berbangga dengan kejayaan student smstsss.i love u,soksek :))


2 comments:

Daisypath Anniversary tickers