About Me

My photo
anyone can catch your eyes,but it takes someone special to catch your heart and i haven't found it yet. (",)

little words


ShoutMix chat widget

Sunday, February 21, 2010

malu kalau tak bangun sembahyang subuh

“Untuk membezakan seorang mukmin yang sejati dengan orang munafik adalah dengan solat subuh dan solat isya’, baginda Rasulullah SAW pernah bersabda :


“Sesungguhnya solat yang paling berat bagi orang munafik adalah solat isya’ dan solat subuh. Sekiranya mereka mengeathui apa yang terkandung di dalamnya, nescaya mereka akan datang kepada keduanya sekalipun dalam keadaan merangkak…” [HR Al-Bukhari dan Muslim]


aku tergerak untuk menulis entry ini setelah aku berbual dengan mak dan makcik ji..masa tu,kami bersarapan di market seberang jaya.mula2 tu kami sembang kosong jea..tiba2 bole masuk pasal sembahyang subuh..pesanan mak cik ji masih terngiang2 di telinga aku..dia cakap 'kakak,kita kena malu pada Allah Taala kalau kita x bangun sembahyang subuh..malu kak,sebab kita berpijak di bumi Allah dan sembahyang subuh itu diibaratkan seperti kita memberi salam kepada Allah di permulaan hari..kata2 itu akan aku simpan di hati sampai bila2..aku sekadar mampu berkongsi ilmu dengan kawan2 untuk menyedarkan kita tentang amalan dan ibadah kita..aku bukan seorang ulama,aku juga banyak melakukan kesalahan..tapi..setidak2nya..kita mampu untuk memperbaiki diri kita sikit demi sikit..dia pesan pada aku lagi,kalau kita xbgun sembahyang subuh,kita seolah2 menutup rezeki kita pada hari tersebut..aku sedar,kadang2 aku pon ada meninggalkan sembahyang subuh..bagi aku,ini mampu untuk menyedarkan aku betapa pentingnya sembahyabg subuh itu..bukan lah nak cakap solat2 lain xpenting.tapi,kebanyakan daripada kita termasuk aku..agak susah nak bangun sembahyang subuh..mak memang akan kejutkan aku tiap2 hari..alhamdulillah..aku boleh bangun tapi kadang2 tue maybe sebab faktor2 lain(tido lambat) buat aku xmampu nak jaga pagi2 subuh..aku jugak pernah merasakan kelainan dan rasa semua xkena bila aku tertinggal sembahyang subuh..Ya Allah,ampunilah dosa hamba-Mu ini~

disini aku sertakan jugak artikel yang aku baca dari satu web sebagai panduan buat kita semua~


Saya pernah membaca buku yang membahaskan kelebihan solat subuh. Terdapat suatu cerita dari penulis tersebut yang amat menarik untuk saya kongsikan. Cerita yang berkisar pengalaman penulis yang mengikuti suatu seminar perubatan di Amerika, sesi pertama seminar tersebut bermula pada pukul 6 pagi. Selepas selesai solat subuh kira-kira 6.15 pagi, beliau bergegas ke tempat seminar dan membayangkan ruangan seminar masih kosong kerana beliau beranggapan siapa yang hendak datang seminar pada awal pagi. Tetapi anggapan penulis itu ternyata meleset malah beliau adalah antara orang duduk di barisan bagian belakang.
Dari kisah penulis buku tadi menjadikan saya agak terkejut dan kagum penyusunan waktu orang Amerika. Mereka malah bangun awal pagi hanya untuk mengikuti seminar yang bersifat duniawi dan pilihan sedangkan kaum muslimin di perintahkan Allah untuk bangun pagi untuk melaksanakan solat subuh yang menjadi tuntutan dan terdapat ganjaran dari Allah. Yang manakah lebih penting, perkara duniawi atau rahmat dan kasih sayang Allah? Itu yang berlaku pada kaum muslimin hari ini, masih kurang bijak memenilai.
Saya masih ingat kata-kata ibu saya tentang bangun awal pagi, “Orang tua-tua kata bangun pagi tu murah rezeki, pintu rezeki terbukak”… secara logik jika kita renungkan mengapa yang dikatakan bangun pagi itu murah rezeki, jika dilihat masa dari matahari terbit untuk sampai ke puncaknya adalah 5 jam dan masa yang ada untuk sampai masuknya matahari adalah 12 jam. Ia adalah jangka masa yang lama untuk yang bangun awal pagi berbanding yang orang yang bangun setelah matahari terbit tinggi. Tambahan pula waktu pagi adalah waktu di mana tenaga manusia berada tahap yang tertinggi selepas bangun dari tidur, jadi produksi yang terhasil pada waktu pagi adalah pada tahap yang maksimum dan akan mendatangkan banyak keuntungan.
~penulis:mohd firdaus musa


[renung-renungkan dan selamat beramal] :)

No comments:

Post a Comment

Daisypath Anniversary tickers